Thursday, August 6, 2009
ALUMNI SKGS
Tujuan utama pihak sekolah mendapatkan maklumat ini adalah untuk mengesan bekas pelajar sekolah dalam usaha menjadikan mereka sebagai "role model" kepada murid-murid yang menuntut di sekolah ini serta sebagai titik permulaan ke arah menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol ( Alumni ). Insya-Allah.
YB. Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik boleh lah mengisi borang 'Biodata Bekas Pelajar SKGS' pada pautan akhir blog atau memuat turun borang tersebut dan menghantar sendiri ke alamat sekolah.
Semua borang maklumat tersebut boleh diserahkan melalui pos atau terus kepada Cikgu Abdul Malek bin Shamsuddin atau Cikgu Noraniza binti Ibrahim dan juga pihak Pejabat mengikut waktu pejabat.
Alamat sekolah :-
GURU BESAR,
SK GUNONG SEMANGGOL,
34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL,
PERAK.
Thursday, July 23, 2009
Pisang dan Hati
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!
Wednesday, July 22, 2009
Pertandingan IAAF Kid's Atheletic Daerah Kerian 2009
Perasmian penutup oleh Pegawai dari PPD Kerian.
-En Zainuddin -
Sebelum pulang, singgah makan tengahari di tepi laut yang dikenali "BAN PECAH", Sungai Baharu, Tg Piandang, Perak. Pemandangan sungguh indah sambil menghirup udara yang menyegarkan.Tuesday, July 21, 2009
Kem di Pusat Kokurikulum, Pulau Pangkor
Di bawa melawat ke "Kapal Ledang" TLDM Penerangan oleh salah seorang Kapten "Kapal Ledang"
Bergambar di hadapan "Kapal Ledang" TLDM
Kemudian di bawa melawat "Aircraft" dan diberi taklimat
oleh seorang Juruteknik bernama Aiman
Bergambar di hadapan "Aircraft"
Saat2 menunggu ketibaan Feri..
Berjalan disepanjang jeti untuk menaiki Feri
Inilah Feri yang membawa rombongan kami ke Pulau Pangkor
Tiba di Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor lebih kurang 3 petang..
Sampai aje..makanan pun dah disediakan..hehe..apalagi, makan le puas-puas Boleh tahan masakan di sini..sedap belaka..masakan Kak Ton
Aktiviti pertama ialah berjalan menuju ke Titi Gantung..perjalanan lebih kurang 5km. Maaf gambar tak dapat di muatkan disini.
Hari kedua di Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor ni, aktiviti "Flying Fox" juga perlu dilakukan oleh peserta kem kali ini. Berdebar je hati peserta-peserta kem..maklumlah tinggi nak terbang tu..jom kita saksikan..
Jurulatih sedang mengemaskan abah-abahGaya superhero ke?
Dah selamat sampai ke bawah..tersangkut kat tiang pula..hehe
Sebelum membuat aksi terbang, peserta perlu memanjat menara yang tinggi
Aktiviti seterusnya yang terdapat di Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor yang terkenal ialah aktiviti air. Di sini kemahiran yang diajar ialah cara-cara mengapungkan badan, berenang, berkayak dan rafting. Aspek yang paling penting sebelum memasuki air ialah perlu memakai BA agar peserta lebih bersedia menghadapi apa jua keadaan
Pegang tangan membuat jaringan manusia yang panjang sebelum memasuki air
Lepas itu pula, belajar untuk mengapungkan diri
Aktiviti yang paling menarik ialah berkayak..sebelum itu, taklimat cara-cara menaiki kayak perlu ambil tahu..takut ada yang terbabas nanti.
Macam-macam gelagat dapat kita saksikan semasa peserta membawa kayak di laut..
Kembara yang diberi nama 'Ikhtiar Hidup' ini menguji para peserta untuk menjejaki bukit yang tertinggi di Pulau Pangkor dimana banyak cabaran yang perlu dihadapi. Taklimat awal diberikan kepada peserta agar peserta faham bagaimana situasi yang akan diharungi dan aspek-aspek keselamatan yang harus dijaga.
Guru pengiring yang turut serta dalam ekspidisi ini..
Peserta dikehendaki memasak buah melaka..tahu ke? Makanan tradisi masyarakat melayu..buahnya bewarna hijau diselaputi kelapa parut berintikan gula melaka..
Hidupkan api terlebih dahulu untuk memasak air..
Uli adunan nak masak buah melaka..
Aktiviti pada waktu malam yang paling menarik perhatian peserta ialah "Jejak Spora". Peserta dapat menikmati keindahan spora pada waktu malam tanpa sinaran lampu. Spora tersebut akan mengeluarkan cahaya akibat daripada tindakbalas kimia yang terjadi. (Maaf gambar tidak dapat dimasukkan kerana keadaan yang gelap)
Majlis perasmian penutupan peserta kem di Pusat Kokurikulum Siri 21 Pulau Pangkor 2009.
Pengerusi Majlis..yang perempuan adik Nor Hidayah dari SK Gunong Semanggol dan yang lelaki adik Muhammad dari SK Seri Pinang.
Barisan VIP semasa majlis penutupan- Perasmi ialah Cik Zuraida bt Zainal Abidin, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor, JPN Perak
Ucapan wakil dari guru pengiring - Tn Hj Sharif b Abdul Aziz
Bergambar sebelum berangkat pulang di hadapan bangunan Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor
Di atas pentas Pusat Kokurikulum Pulau Pangkor
Tuesday, July 14, 2009
SKGS Johan lagi!!
Johan Pertandingan Saintis Muda Peringkat Daerah Kerian 2009
Taniah di ucapkan kepada adik Afikah dan Syuhada kerana telah melayakkan ke pertandingan peringkat negeri Perak di SMK Doktor Burhanuddin, Taiping, Perak.
Buat julung-julung kalinya SKGS telah mendapat penghormatan untuk menjadi tuan rumah Pertandingan Saintis Muda Peringkat Daerah Kerian 2009. Kepercayaan dan penghargaan dari PPD Kerian amatlah dihargai.Taniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru SKGS yang telah menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini dapat memberikan kebaikan di masa-masa akan datang.
Pertandingan Pidato Piala Di Raja Peringkat Kelompok 6 2009
Tahniah di ucapkan kepada adik Hidayah yang telah menjadi JOHAN pidato peringkat Kelompok 6 2009. Semoga beliau akan terus berjaya di masa akan datang. Isnyaallah.
Selain itu, tahniah juga kepada guru-guru SKGS (tuan rumah) yang telah bertungkus lumus menjayakan program pertandingan pidato ini dengan jayanya.