Thursday, August 6, 2009

ALUMNI SKGS

0 comments
Pihak sekolah ingin mendapatkan maklumat biodata bekas pelajar SKGS.

Tujuan utama pihak sekolah mendapatkan maklumat ini adalah untuk mengesan bekas pelajar sekolah dalam usaha menjadikan mereka sebagai "role model" kepada murid-murid yang menuntut di sekolah ini serta sebagai titik permulaan ke arah menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol ( Alumni ). Insya-Allah.

YB. Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik boleh lah mengisi borang 'Biodata Bekas Pelajar SKGS' pada pautan akhir blog atau memuat turun borang tersebut dan menghantar sendiri ke alamat sekolah.

Semua borang maklumat tersebut boleh diserahkan melalui pos atau terus kepada Cikgu Abdul Malek bin Shamsuddin atau Cikgu Noraniza binti Ibrahim dan juga pihak Pejabat mengikut waktu pejabat.

Alamat sekolah :-
GURU BESAR,
SK GUNONG SEMANGGOL,
34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL,
PERAK.

Thursday, July 23, 2009

Pisang dan Hati

1 comments
DAN
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Wednesday, July 22, 2009

Pertandingan IAAF Kid's Atheletic Daerah Kerian 2009

0 comments
Seramai 10 orang murid Tahun 3 yang terpilih untuk memasuki pertandingan tersebut bersama 2 orang guru pengiring En Zaizul Azri dan En Mohd Zulfakar. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang olahraga. Semua peserta mesti mengharungi 8 stesen dan diuji setiap kebolehan yang ada.

21 Buah sekolah layak bertanding dan perlu mencatat masa dan rekod yang terbaik untuk dipilih ke peringkat negeri.



Perasmian penutup oleh Pegawai dari PPD Kerian.

-En Zainuddin -

Sebelum pulang, singgah makan tengahari di tepi laut yang dikenali "BAN PECAH", Sungai Baharu, Tg Piandang, Perak. Pemandangan sungguh indah sambil menghirup udara yang menyegarkan.

 

BLOG SK GUNONG SEMANGGOL Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template