Wednesday, August 13, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

0 comments
Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka di dataran SKGS. Banyak program yang diatur oleh guru-guru SKGS di antaranya pertandingan mewarna, melukis poster, mendeklemasikan sajak dan syair serta aktiviti konvoi berbasikal.Persembahan KOIR Bahasa Inggeris dari murid SKGS atas bimbingan guru kita Pn KalahtheviPentaulian Silat Lincah kepada murid-murid SKGS. Bimbingan oleh Guru Silat En Nadri dan Ustaz Azha

Monday, August 11, 2008

Ceramah Agama dan Motivasi Keibubapaan

0 comments


Tetamu jemputan mengambil tempat




PENCERAMAH :TUAN HAJI ABDULLAH KHAIRI BIN HAJI HAROON
2 OGOS 2008Dewan SKGS














Ceramah  dan motivasi keibubapaan ini merupakan aktiviti Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol yang julung kali diadakan. Bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara ibubapa, murid dan juga guru.





Semua murid, ibubapa dan guru mengambil tempat..Mendengar khusyuk apa yang disampaikan oleh penceramah kita





MATLAMAT
Mendidik dan menyedarkan ibubapa betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab untuk kesejahteraan hidup anak - anak di masa akan datang.








OBJEKTIF

Melahirkan anak - anak yang soleh dan solehah.Mendidik anak-anak yang lebih menghormati ibubapa dan guru.Membina pengetahuan, sikap, kemahiran dan nilai di kalangan ibubapa supaya mereka lebih peka dan bertanggungjawab terhadap anak - anak.Menggalakan kerjasama yang baik di kalangan ibubapa dan guru.





Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru..rasa sebak didada..melihat anak-anak yang mengharapkan kasih sayang dan restu dari mereka





AKTIVITI

Bacaan Al-Quran oleh Adik Mohamad Khairulanam bin Ismail


Murid berikrar untuk mencapai '5A'





Tamat sudah sesi ceramah pada kali ini. Semoga di masa2 akan datang dapat diteruskan usaha yang sebegini..


Kem Motivasi dan Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform SK Gunong Semanggol

2 comments

Bagi memudahkan pemantauan terhadap aktiviti dan komitmen murid dalam kegiatan kokurikulum, Unit Kokurikulum SK Gunong Semanggol, Simpang Ampat Semanggol, Perak Darul Ridzuan, menggabungkan empat persatuan beruniform di Teratak Afrina, Anak Kurau pada 8 hingga 10 Ogos 2008. Empat persatuan itu ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah, Tunas Pandu Puteri, Pengakap dan Puteri Islam yang sebelum ini bergerak secara berasingan sejak 2002.

Seramai 100 orang murid mengikuti kursus ini dan di kawal oleh guru-guru SKGS. Hampir kesemua guru-guru SKGS turut hadir memberikan komitmen dalam membantu pengurusan murid. Tahniah di ucapkan!! Semangat kerjasama di antara guru-guru yang sebeginilah yang amat perlu untuk membangunkan sesebuah sekolah.
Aktiviti yang dilakukan antaranya iaitu mememasang khemah, membuat gajet, belajar cara ikatan, berkawad, perubatan dan kecemasan dan cara menggunakan anduh. Selain itu ada juga persembahan malam kebudayaan oleh murid mengikut badan beruniform masing-masing dan dimenangi oleh TKRS atas bimbingan Cikgu Zulfakar.
Aktiviti yang paling mencabar ialah 'jungle tracking' dimana murid terpaksa melalui perjalanan yang melebihi 6km menyusuri hutan kecil, dusun, sungai dan air terjun di mana banyak memberikan pengalaman yang indah buat murid dan guru SKGS.

Kebetulan kem ini diadakan pada musim buah-buahan, kenyanglah murid dan guru menjamah buah-buahan tempatan. Daripada buah rambutan, manggis, langsat hingga ke raja buah durian. Puas rasanya tak terhingga. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak tertentu yang banyak memberi sumbangan makanan kepada kami semua. Terima kasih kepada penyelia Chalet Afrina dan Tuan Hj Yusof.

Kepada guru - guru SKGS terima kasih di ucapkan kerana bertungkus lumus menyediakan makanan yang sedap dan lazat sepangjang kem itu diadakan. Terutamanya urusetia masakan iaitu Hajah Mahani, Puan Rozila, Pn Normah, Puan Suhana dan Cik Shamkinah.

Menerusi gabungan itu, setiap ahli daripada badan beruniform terbabit berkongsi konsep penerapan disiplin selain membinajaringan perhubungan antara satu sama lain. Penyelaras Unit Kokurikulum, Cikgu Mohd Nor b Shaari, berkata dengan gabungan itu, ahli mempunyai lebih pendedahan dan berupaya mewujudkan rangkaian kerjasama, bertukar maklumat dan idea.

Meskipun semua persatuan terbabit dinaungi sekolah yang sama, mereka tidak mempunyai peluang menyelami peranan dan kepentingan masing-masing sebelum ini.Melalui penggabungan ini mereka berpeluan berkenalan, bekerjasama dan melaksanakan pertukaran idea.

Cara ini memudahkan sekolah membuat penyusunan program, pemantauan dan memantapkan peraturan.Ahli persatuan terdiri daripada nurid tahun tiga hingga tahun lima. Penggabungan itu mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti sebagai sebahagian kaedah pemantapan kendiri. Antaranya perkhemahan tahunan, seminar, ceramah, gerak kerja dan aktiviti luar bilik darjah.


Menurut Ketua Kem Komandan, Haji Sharif Abdul Aziz, setiap ahli juga diterapkan dengan aspek kepimpinan agar menjadi contoh kepada rakan atau pasukan lain. Apabila terbabit dalam aktiviti gabungan, mereka boleh memberikan sumbangan kepada rakan sepasukan atau rujukan rakan daripada pasukan lain.Ini memudahkan pemantauan disiplin dan gerak kerja kumpulan.

Penilaian ini bukan saja akan dilakukan oleh guru tapi dikalangan murid. Dengan cara ini, mereka juga dilatih menjadi ketua atau ahli bertanggungjawab dengan tidak mementingkan diri sendiri. Setiap pasukan akan mendapat manafaat tambahan apabila sesi latihan dijalankan dengan kerjasama pihak luar.

Kelebihan ini boleh dinikmati bersama, sekaligus memberi nilai tambah dalam aktiviti kokurikulum menjadikannya lebih seronok dan informatif. Setiap ahli kongsi konsep penerapan nilai disiplin dan bina jaringan perhubungan.
 

BLOG SK GUNONG SEMANGGOL Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template